Skip to main content

Khasiat Dan Ciri-Ciri Kurma Nabi Ajwa




AJWA! KURMA KEGEMARAN RASULULLAH.       
                

Di bulan Ramadhan kurma memang paling banyak diminati. Mulai dari yang murah hingga yang paling mahal iaitu kurma Ajwa atau kurma Nabi. Bentuknya yang berkedut  dan bulat dengan warna kehitaman sangat memikat. Apa yang membuat kurma ini  istimewa?

Kurma atau Phoenix Dactylifera merupakan pohon yang mirip seperti palm. Pohon kurma berasal dari negera Arab yang kemudian tumbuh pula di Afrika, Eropah Selatan, Asia Barat Daya bahkan hingga Amerika. Pohon kurma rendah karana tingginya tak mencapai 20 meter. Dulu kurma merupakan makanan pokokmasyarakat yang tinggal di gurun pasir.

Diteliti dari jenisnya di dunia ada lebih dari 400 jenis kurma. Dimana dari kesemua jenis kurma tersebut berbeza-beza dan memiliki ciri khas tersendiri. Sebut saja kurma sukari yang kulitnya berwarna coklat agak muda dengan bentuk agak kecil, atau Majhool yang bentuknya sedikit lonjong dengan warna coklat muda dan sedikit tua pada hujungnya.

Sedangkan kurma Ajwa disebut sebagai kurma Nabi atau Kurma Rasulullah. Mengapa disebut kurma Nabi? Sebab konon menurut asal-usulnya kurma Ajwa ditanam sendiri oleh Nabi Muhammad SAW di kota Madinah sekitar 14 abad yang lampau.
Hingga kini pohon kurma Ajwa di Madinah jumlahnya tak banyak iaitu hanya sekitar ratusan.  Jadi tak perlu hairan  jika harganya mencecah tinggi.

Selain itu kurma Ajwa juga sangat istimewa terutama bagi kaum Muslim. Nabi Muhammad SAW sendiri sangat menggemari makan kurma Ajwa dan menganjurkannya untuk sunnah memakan 7 buah kurma Ajwa di pagi hari dan saat berbuka puasa. Seperti yang juga dijelaskan dalam hadits riwayat Shahih Al-Bukhari bahwa barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwa, maka tak akan terkenanya racun dan sihir pada hari itu.
Buah kurma sebagaimana diketahui memang mempunyai ciri khas dan khasiat tertentu. Ciri khas kurma Ajwa berbentuk kecil, berwarna hitam dan berbentuk bulat. Rasanya tidak terlalu mengigit seperti jenis kurma lainnya, selain itu isinya tebal dan agak kering.
Seperti yang diterangkan pada hadits kurma Ajwa boleh menangkal racun dan juga menangkal jin dan sihir. Sedangkan dari segi perubatan kurma memiliki banyak sekali khasiat yang baik bagi kesihatan. Kurma memiliki kandungan vitamin A, kalsium, dan besi yang tinggi. Saat berbuka puasa tubuh memerlukan karbohidrat dan gula (glucose ). Selain menpunyai rasa manis,ia juga mengandung karbohidrat yang mudah dicerna tubuh. Oleh kerana itu kurma sangat dianjurkan dimakan saat berbuka puasa agar keadaan tubuh menjadi cepat pulih atau segar.
Di negara asalnya kurma Ajwa sendiri harganya masih cukup mahal iaitu sekitar 60 riyal sampai 80 riyal/kg. Sedangkan di Malaysia harganya mencapai sekitar Rm160/kg. Kini kurma Ajwa juga dapat dinikmati dalam bentuk pati jus pekat  serta  minuman. Tak perlu pergi jauh  ke Arab sana kerana  kurma Ajwa boleh jumpa dengan mudah di sini.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Manna Wa Salwa / Gum Arabic Al Manna

Sejarah Manna Wa Salwa “Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu “ Manna  dan “Salwa”, (serta Kami berfirman):   “Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu”.

Cara Makan Habbatus Sauda Biji /Khasiat Habbatus Sauda

http://kurmamehr.com/ Khasiat Dan Kegunaan Habbatus Sauda Biji Dan Juga Serbuk: Orang Melayu jarang menggunakan herba Jintan hitam ini.Dalam bahasa inggeris disebut  black cumin seed.  Ia lebih digunakan oleh masyarakat India terutama dalam masakan kari. Herba hitam ini sama penting dengan rempah penyedap masakan lain seperti jintan putih,jintan manis. ketumbar, bunga cengkih, kulit kayu manis dan sebagainya. Herba hitam ini tentulah berwarna hitam, Saiznya kira-kira sebesar biji sawi dan rasanya  pahit-pahit  pedas. Harganya murah namun khasiatnya amat tinggi. Nama popularnya ialah Habbatus Sauda. Ada juga yang menyebut Habbatul sauda atau  Sauda Seed. Banyaknya khasiat Jintan Hitam ini hingggakan Baginda Nabi Muhammad SAW mahu umatnya mengamal makan Jintan Hitam ini. Imam Muslim meriwayatkan hadis Nab dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud, “Tetaplah dengan Habbatus Sauda (Jintan Hitam) kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi banyak (segala...

KHASIAT DAN KEBAIKAN KISMIS@RAISINS - JUAL KISMIS BORONG

KISMIS HITAM / GOLDEN  RAISINS 1 kg = RM 38 1 carton (10kg) = RM 180 Kismis dihasilkan daripada proses penghidratan ke atas buah anggur samaada penghidratan menggunakan cahaya matahari ataupun menggunakan ketuhar. Antara jenis2 kismis yang popular adalah Sultana, Malaga, Monukka, Zante Currant, Muscat dan Thompson seedless.Perlu di fahami HPA menyediakan terbaik kismis hitam yang tidak campur sulfur (belerang) semasa proses pengeringan asli di bawah matahari untuk lebih vit.E ..Kismis mempunyai saiz sebesar batu kerikil dan mempunyai kedutan yang menyeliputi isinya yang kenyal. Ia juga mempunyai rasa yang manis seperti gula. Kismis selalunya berwarna perang dan biru seakan hitam. Nama saintifik bagi kismis adalah Vitus vinifera. Antara khasiat kismis adalah seperti berikut : Membantu menajamkan Minda: Kismis mengandungi kandungan gula yang tinggi. Antara jenis gula yeng terkandung di dalam kismis adalah fruktosa dan glukosa. Gula ringkas ini telah dikenal pasti dapt...