Skip to main content

Kisah Manna Wa Salwa / Gum Arabic Al Manna

Sejarah Manna Wa Salwa


“Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu “Manna dan “Salwa”, (serta Kami berfirman):  



“Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu”.

Al-Baqarah Ayat: 57
Setelah Nabi Musa a.s berjaya membawa keluar Bani Israil dari Mesir menuju ke Palestin, rombongan ini tersesat di sebuah padang pasir ‘at-Tih’ yang terletak di kawasan semenanjung Sinai.
Ada juga pendapat lokasi padang pasir ini terletak di Urdun Jordan.
Mereka berada di padang pasir ini selama empat puluh tahun.
Dalam tempoh itu mereka mengalami pelbagai penderitaan dan kepanasan yang amat sangat.
“Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu”.
Allah menurunkan Manna dan Salwa dari langit;
Justeru Allah SWT telah melindungi mereka dengan awan supaya mereka dapat berteduh dari dari panas dan juga dikurniakan makanan yang berupa Manna dan Salwa.
Menurut lbnul Mundzir dan Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas, beliau berkata bahawa Manna adalah suatu makanan manis, berwarna putih yang mereka dapati setiap pagi melekat pada batu-batu dan daun-daun kayu.
Rasanya manis dan enak; semanis madu, sehingga ada penafsir yang memberi erti Manna ialah madu.
Jika dimakan, mereka akan merasa kenyang.
Adapun Salwa pula ialah nama sejenis burung sebesar burung puyuh berwarna putih yang terbang berbondong-bondong dan mudah ditangkap.
Ia adalah sumber rezeki buat mereka sebagai pengalas perut yang mengenyangkan.
Setelah empat puluh tahun mereka di padang pasir ‘at-Tih, rombongan Bani Israil yang dipimpin oleh Nabi Musa ini kemudian berjaya masuk ke negeri Palestin yang subur dengan hasil makanan dan rezeki.
Allah SWT memerintahkan supaya mereka masuk dengan tunduk sambil mengucapkan ‘Hittoh’ yang bererti meminta ampun daripada Allah SWT.
Jika perintah ini mereka lakukan, nescaya Allah SWT akan memberi mereka kebaikan dalam bentuk pahala
Kaum Bani Israil pada zaman Nabi Musa bersifat tamak
Betapa kaum Bani Israil ini tidak tahu bersyukur kepada-Nya kerana mereka tidak patuh kepada perintah Tuhan.
Mereka masuk ke Palestin dengan sombong manakala perkataan ‘Hittoh’ pula mereka ganti kepada ‘Hintoh’ yang bererti minta gandum dari Allah SWT.
Di sebabkan kedegilan mereka itu, Allah SWT turunkan kepada mereka azab dari langit yang berupa penyakit taun yang membawa kematian beribu-ribu nyawa dari kaum Bani Israil.
Kesemua kisah ini Allah SWT ceritakan kepada Rasulullah SAW dan umat Islam untuk menunjukkan betapa degil dan keras kepalanya bangsa Yahudi untuk mematuhi perintah Allah SWT.
Allah SWT menjelaskan sewaktu kaum Bani Israil merentas padang pasir menuju ke Palestin, mereka merasa dahaga yang amat sangat.
Mereka mula berputus asa dan merungut-rungut kepada Nabi Musa mengapa mereka di bawa ke tempat yang tandus tiada air sedangkan kalau di Mesir dahulu walaupun diseksa oleh Firaun tetapi tidaklah sampai mereka haus dahagakan air.
Seolah-olah kehidupan yang di bawa oleh Nabi Musa a.s lebih sengsara daripada apa yang mereka alami semasa di Mesir.
Di sinilah Allah SWT mahu menunjukkan kepada Rasullullah SAW dan umat Islam betapa lemahnya semangat juang kaum Bani Israil.
Melihat kaumnya yang berputus asa seperti itu, Nabi Musa a.s berdoa kepada Tuhan agar mereka dikurniakan air.
Lalu Allah SWT memerintahkan baginda supaya memukul tongkatnya di atas batu.
Dengan izin Allah terpancarlah dua belas mata air yang mencukupi untuk mereka minum dan menghilangkan dahaga.
Dengan nikmat makan dan minum ini Allah SWT mengingatkan kaum Bani Israil supaya tidak melakukan kerosakan di atas muka bumi ini.
Bersyukur diatas nikmat yang Allah berikan
Namun betapa tidak bersyukurnya kaum Bani Israil, setelah diberi makanan berupa Manna dan Salwa serta diberi minuman yang menghilangkan dahaga, mereka tetap merungut dengan mengatakan mereka sudah jemu dengan makanan-makanan yang Tuhan kurniakan kepada mereka.
Mereka meminta supaya Nabi Musa memohon kepada Tuhan agar dikurniakan pula makanan yang berupa sayur-sayuran, mentimun, bawang putih, kacang dal serta bawang merah.
Mendengar permintaan mereka, maka Nabi Musa a.s pun menjawab :
“Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik?
Ini merupakan tempelakan Nabi Musa ke atas kaum Bani Israil, adakah patut mereka yang telah dikurniakan makanan yang baik berupa madu dan daging burung mahu pula diganti dengan makanan yang rendah mutu dan kualitinya seperti sayur-sayuran, timun, bawang dan sebagainya?
Kata Nabi Musa lagi,
“ Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”….
Ertinya kalau kaum Bani Israil mahu juga makanan-makanan seperti itu hendaklah mereka balik semula ke Mesir dan kembali menjadi kaum yang terhina.
Firman Allah SWT sehingga ke hujung ayat ini,
“Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah.
Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar.
Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh”.(61)
Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan kepada Rasulullah SAW sebab-sebab mengapa kaum Bani Israil itu menjadi hina serta papa dari sudut akhlak dan moralnya.
Tidak lain kerana mereka mengingkari perintah-perintah Tuhan yang terkandung dalam kitab Taurat, Injil dan al-Quran.
Mereka turut membunuh para anbiya’ seperti Nabi Zakaria, Yahya dan lain-lain sehingga ada riwayat menyatakan jumlah keseluruhan para Nabi yang menjadi mangsa pembunuhan mereka ialah seramai 70 orang.
Selain itu mereka sering menceroboh hukum-hukum Allah SWT dengan cara meminda ayat-ayat dan firman Tuhan mengikut selera dan kehendak nafsu mereka.
Pengajaran;
Semoga menjadi iktibar dan pelajaran bagi kita agar sentiasa mensyukuri nikmat Allah dan tidak kufur nikmat seperti Bani Israil.
- See more at: http://kurmamehr.com/kisah-manna-wa-salwaapa-dia-gum-arabic-gum-akasia/#sthash.lyuSBCO6.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

Cara Makan Habbatus Sauda Biji /Khasiat Habbatus Sauda

http://kurmamehr.com/ Khasiat Dan Kegunaan Habbatus Sauda Biji Dan Juga Serbuk: Orang Melayu jarang menggunakan herba Jintan hitam ini.Dalam bahasa inggeris disebut  black cumin seed.  Ia lebih digunakan oleh masyarakat India terutama dalam masakan kari. Herba hitam ini sama penting dengan rempah penyedap masakan lain seperti jintan putih,jintan manis. ketumbar, bunga cengkih, kulit kayu manis dan sebagainya. Herba hitam ini tentulah berwarna hitam, Saiznya kira-kira sebesar biji sawi dan rasanya  pahit-pahit  pedas. Harganya murah namun khasiatnya amat tinggi. Nama popularnya ialah Habbatus Sauda. Ada juga yang menyebut Habbatul sauda atau  Sauda Seed. Banyaknya khasiat Jintan Hitam ini hingggakan Baginda Nabi Muhammad SAW mahu umatnya mengamal makan Jintan Hitam ini. Imam Muslim meriwayatkan hadis Nab dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud, “Tetaplah dengan Habbatus Sauda (Jintan Hitam) kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi banyak (segala...

KHASIAT DAN KEBAIKAN KISMIS@RAISINS - JUAL KISMIS BORONG

KISMIS HITAM / GOLDEN  RAISINS 1 kg = RM 38 1 carton (10kg) = RM 180 Kismis dihasilkan daripada proses penghidratan ke atas buah anggur samaada penghidratan menggunakan cahaya matahari ataupun menggunakan ketuhar. Antara jenis2 kismis yang popular adalah Sultana, Malaga, Monukka, Zante Currant, Muscat dan Thompson seedless.Perlu di fahami HPA menyediakan terbaik kismis hitam yang tidak campur sulfur (belerang) semasa proses pengeringan asli di bawah matahari untuk lebih vit.E ..Kismis mempunyai saiz sebesar batu kerikil dan mempunyai kedutan yang menyeliputi isinya yang kenyal. Ia juga mempunyai rasa yang manis seperti gula. Kismis selalunya berwarna perang dan biru seakan hitam. Nama saintifik bagi kismis adalah Vitus vinifera. Antara khasiat kismis adalah seperti berikut : Membantu menajamkan Minda: Kismis mengandungi kandungan gula yang tinggi. Antara jenis gula yeng terkandung di dalam kismis adalah fruktosa dan glukosa. Gula ringkas ini telah dikenal pasti dapt...