Selain dari kurma yang telah diketahui umum akan khasiat and hikmah memakannya, buah tin juga sangat bermanfaat kepada umat manusia seperti yang diterangkan dalam surah At-Tin (surah ke 95 dalam Al-Quran) dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun. Apakah keistimewaan buah tin dan buah zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya?
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
Antara khasiat buah tin termasuklah menyingkirkan keracunan (toksin), mencairkan tekak, mengurangkan batuk yang berpanjangan lantas melapangkan dada. Ia juga berfungsi untuk membersihkan hati (kidney) dan jantung dan membersihkan lendir dalam usus. Buah tin sangat bermanfaat kepada pesakit buasir, dimana ia dapat membantu mengurangkan bengkak pada buasir dan seterusnya mengecutkannya. Buah tin juga membantu melawaskan kencing dan merawat sakit-sakit badan. Selain dari itu buah tin dipercayai dapat menyembuhkan penyakit bengkak telinga dan mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak.
Terdapat 2 jenis buah tin iaitu jenis kering dan jenis basah (segar) iaitu lebih kurang 23%. Buah tin yang kering didapati membekalkan 6 kali lebih kalori daripada jenis basah (segar). Pengeringan buah tin telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya dimana ianya menjadi lebih kaya dengan protin, lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.
Kandungan nutrisi terkandung dalam buah tin kering adalah seperti berikut: Protin 4.3gm; Lemak 1.3gm; Mineral 2.4gm; Serat 5.6gm; Karbohidrat 63.4gm; Tenaga 274 kcal; Kalsium 126mg; Forforus 77mg; Zat besi 3mg; Vitamin C 1mg.
Read more: http://manmala.blogspot.com/2011/12/khasiat-dan-kelebihan-buah-tin.html#ixzz1tocR53sk
Comments
Post a Comment